Khamis, 26 Februari 2015

Mengapa MALAS nak membaca?


Buku  dibentuk  untuk  kita  membaca-nya.  Tapi  berapa  ramai  kah  antara  kita  yang RAJIN  membaca?

Saya  pernah  bertanya  dengan  beberapa  individu yang  saya  jumpai  tentang  minat membaca  buku.  Inilah  jawapan  mereka.  Jarang-jarang.  Kadang-kadang.  Sekali-sekali.  Tak  minat.  Tak  ada  masa.  Bosan.  yang  paling  ketara  adalah   kata-kata  MALAS.

Rugilah  mereka  yang  malas  membaca  buku.  Kebanyakan  buku  adalah  gudang  ilmu.  Kita  patut  rasa RAKUS  untuk  mencari  ilmu  dengan  membaca  buku.

Tapi  jangan  pula  jika  dikatakan  rajin membaca  lain pula yang  dibaca.  Buku  berunsur seks   dan  memberangsangkan nafsu  harus  dihindari. Kerana  buku-buku itu  akan meracuni  dan  merosakkan  fikiran  kita.

Saya  dapat  kuasai  bahasa  inggeris  dengan  baik kerana  saya  kerap-kali  membaca.  Bahan  pertama  yang  saya  mulai baca adalah suratkhabar  inggeris.  walaupun  pada  masa  itu  saya  tak faham  makna  tapi oleh  kerana  minat  membaca  telah ada  maka saya tidak  ambil  peduli  lalu  terus  membacanya  setiap  kali  saya  dapat  pegang  suratkhabar sewaktu  kecil  dulu.

Di-library  atau  KhutubKhanah  ada  beratus  buku  yang teratur  dan  menantikan  untuk diambil  dan  dibaca  tapi sayangnya  saya  lihat tak  ramai orang yang mengunjungi  nya . Mereka lebih  peka  melepak membuang masa dan  bershopping  yang entah-entah  apa. Masa  terbuang begitu  saja.

Saya teringat firman Allah  bahawa  manusia  sesungguhnya didalam kerugian dari  berbagai aspek  melainkan  mereka  yang  beramal-soleh  dan pandai  membagi-bagikan masanya.

Syukurlah  ditempat  saya  memang diadakan  kempen membaca  yang  dianjurkan oleh  badan kerajaan  dan  pihak swasta  untuk menggalakkan  kanak-kanak  dari  tahap tadika  sampai  ke  sekolah-sekolah  biasa  supaya  rajin  membaca.

Jika  kita rasa malas untuk  membaca buku,  sekurang-kurangnya bacalah  artikel-artikel yang tertera  dalam internet.  Tapi pada pendapat saya  ramai dikalangan kaum wanita sekarang  menjadi  gemar  membaca setelah  mendapat  tahu  bahawa  telemovie dan  drama  bersiri  yang mereka  minati adalah hasil  dari  novel-novel yang ditulis. Ini  pun amat  baik  sebab  dari  situ  mungkin selepas  itu  kaum-kaum  hawa  mulai rajin membaca  buku-buka agama dan  yang  lain-nya. Mudah2an lah.

Tak  kurang  pula  buku-buku  berlandaskan keagamaan  yang  berbagai  tajuk  telah diterbitkan.Ajaklah  anakbuah  kita, keluarga,  saudara-mara.  teman dan kawan  tak kira dari  mana untuk menilaikan  buku  dan membacanya. Adakan sesi  membaca  buku  setiap ada kelapnagna waktu. Jangan habiskan dengan menonton tv, bermain computer-game,  khusyuk dengan talifon-bimbit  dan asyik dengan facebook, twitter dan sebagai-nya.
Jangan malas  untuk membaca buku. Membaca itu adalah  senaman  otak dan  minda  kita.






Click Here!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan