Khamis, 26 Februari 2015
Kenapa LEMAH semangat?
Sebagai orang melayu janganlah kita jadi LAYU dalam segala aspek kehidupan dalam dunia yang fana ini. Memang berbagai-bagai cabaran telah, sedang dan akan kita tempuhi dalam liku-liku hidup kita. Juga sebagai manusia dan sebagai hamba Tuhan, kita tak sepatutnya mejadi LEMAH dan LAYU kerana desakan dan dilema yang melanda penghidupan kita setiap hari.
Orang yang lemah semangatnya tak akan dapat melalui segala cabaran hidup dengan yakin dan akan hilang kepercayaan diri. Semakin ujian mendatang semakin lemah dan tak berdaya lalu mencari jalan alternatif yang negatif. Itu tak sepatutnya terjadi.
Orang yang lemah semangat menjadikan suasana sekelilingnya bagaikan suara-suara dan ilusi mimpi yang ngeri. Segala gerak-langkahnya tidak teratur kerana dia takut untuk melangkah lebih jauh kerana keyakinan dirinya telah pudar. Apatah lagi iman yang ada didalam dada, habis punah kerana berbagai bisikan jahat telah menguasainya. Jika iman terlalu lemah, dibimbangkan tahap keyakinan terhadap Tuhan akan lenyap dari hidupnya. Mulalah pengaruh yang tak sihat akan menyembahkan dirinya pada orang yang lemah itu.
Jadi tak usahlah ikutkan hati yang lemah itu untuk ia pula menjadi penguasa pada diri kita. Perangkap-perangkap durjana yang merosakkan harus dihindarkan dan dibendung sebelum menjadi virus dalam roh dan jiwa kita. Penyakit hati yang lemah harus diberikan suntikan semangat yang baru agar menjadi lebih bersemangat dan dapat mengawal virus-virus yang menular dalam diri sebelum ia merebak jauh dan merosakan hati dan nurani yang telah lemah.
Islam adalah satu agama yang menerapkan kauliti hidup seseorang insan. Islam melarang penganutnya menjadi lemah dan tak berdaya, padahal banyak jalan-jalan yang positif telah dibentangkan dalam AlQur'an. Tunjuk-ajar yang padat telah pun temaktub dalam AlQur'an, hanya manusia sendiri yang MALAS untuk mengkajinya dan mencari makna yang mendalam dalam ayat-ayat suci yang dibentangkan.
Kita menjadi lemah kerana kita telah JAUH dari Tuhan padahal DIA amat DEKAT dengan kita. Kelemahan dapat dihindarkan jika kita TAHU jalan-nya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan