Saya percaya dan yakin bahawa tiap orang dari kita PERNAH berhadapan dengan kegagalan dalam hidup ini bukan?
Ada orang menjadikan gagal itu satu batu-loncatan untuk menggapai kesuksesan dalam hidup mereka.
Dan juga ada pula orang yang telah menjadikan kegagalan sesuatu yang menakutkan dan satu tanda keperitan dalam hidup ini.
Ada orang yang berputus-asa setelah menemui kegagalan dan ada pula yang terus BANGUN dan bertindak maju dari kegagalan itu dan akhirnya menemui kejayaan.
Saya pernah gagal berpuluh kali dalam hidup ini. Bermacam-macam kegagalan yang telah saya hadapi yang mencabar hidup ini. Walaupun belum mencapai seratus-peratus kejayaan dalam hidup, saya tak mahu jadikan kegagalan satu alasan untuk tindak bertindak menaikkan-taraf diri saya ke-tahap atas dalam senarai orang-orang yang berjaya.
Memang penat lah bila bekerja makan-gaji dan mengkayakan orang lain tapi itu bukan bererti saya tak ada impian dalam hidup ini. Siapa tak mahu jadi kaya dan berjaya?
Kalau dalam perniagaan online memang telah banyak saya jadi ahli dan cuba kendalikan namun kata orang, belum ada "jodohnya".
Kegagalan memang menekan hidup kita. Tapi jangan jadikan ia menekan sehingga kita tak bernafas jadinya. Keluar dari himpitan kegagalan itu dan kata orang barat 'Think out of the box" iaitu berfikirlah dari luar kotak yang mengongkong kita.
Saya cuba belajar dari kegagalan yang saya lalui dan jadikan ia GURU saya dan mengajar saya erti kejayaan. Saya tak mahu menjadi lemah-semangat dan patah upaya kerana kegagalan yang sering menghantui saya. Itu bukan prinsip saya. Saya juga mahu berjaya seperti orang-orang yang telah berjaya. Kalau mereka BOLEH..kenapa kita pula tak boleh kan?
Saya tetap percaya dan yakin yang saya BOLEH BERJAYA!!
Situs Judi Slot Online Gacor Deposit Pulsa Tanpa Potongan
BalasPadamSitus Judi Slot Online 부산광역 출장안마 Gacor Deposit Pulsa Tanpa Potongan · 10. Gacor Deposit Pulsa Tanpa Potongan · 9. Pilihan Situs Judi Slot Online · 8. Judi 전주 출장안마 Online Rating: 4.9 · Review 강릉 출장샵 by 충청북도 출장샵 Christian Webber 춘천 출장샵