Buku dibentuk untuk kita membaca-nya. Tapi berapa ramai kah antara kita yang RAJIN membaca?
Saya pernah bertanya dengan beberapa individu yang saya jumpai tentang minat membaca buku. Inilah jawapan mereka. Jarang-jarang. Kadang-kadang. Sekali-sekali. Tak minat. Tak ada masa. Bosan. yang paling ketara adalah kata-kata MALAS.
Rugilah mereka yang malas membaca buku. Kebanyakan buku adalah gudang ilmu. Kita patut rasa RAKUS untuk mencari ilmu dengan membaca buku.
Tapi jangan pula jika dikatakan rajin membaca lain pula yang dibaca. Buku berunsur seks dan memberangsangkan nafsu harus dihindari. Kerana buku-buku itu akan meracuni dan merosakkan fikiran kita.
Saya dapat kuasai bahasa inggeris dengan baik kerana saya kerap-kali membaca. Bahan pertama yang saya mulai baca adalah suratkhabar inggeris. walaupun pada masa itu saya tak faham makna tapi oleh kerana minat membaca telah ada maka saya tidak ambil peduli lalu terus membacanya setiap kali saya dapat pegang suratkhabar sewaktu kecil dulu.
Di-library atau KhutubKhanah ada beratus buku yang teratur dan menantikan untuk diambil dan dibaca tapi sayangnya saya lihat tak ramai orang yang mengunjungi nya . Mereka lebih peka melepak membuang masa dan bershopping yang entah-entah apa. Masa terbuang begitu saja.
Saya teringat firman Allah bahawa manusia sesungguhnya didalam kerugian dari berbagai aspek melainkan mereka yang beramal-soleh dan pandai membagi-bagikan masanya.
Syukurlah ditempat saya memang diadakan kempen membaca yang dianjurkan oleh badan kerajaan dan pihak swasta untuk menggalakkan kanak-kanak dari tahap tadika sampai ke sekolah-sekolah biasa supaya rajin membaca.
Jika kita rasa malas untuk membaca buku, sekurang-kurangnya bacalah artikel-artikel yang tertera dalam internet. Tapi pada pendapat saya ramai dikalangan kaum wanita sekarang menjadi gemar membaca setelah mendapat tahu bahawa telemovie dan drama bersiri yang mereka minati adalah hasil dari novel-novel yang ditulis. Ini pun amat baik sebab dari situ mungkin selepas itu kaum-kaum hawa mulai rajin membaca buku-buka agama dan yang lain-nya. Mudah2an lah.
Tak kurang pula buku-buku berlandaskan keagamaan yang berbagai tajuk telah diterbitkan.Ajaklah anakbuah kita, keluarga, saudara-mara. teman dan kawan tak kira dari mana untuk menilaikan buku dan membacanya. Adakan sesi membaca buku setiap ada kelapnagna waktu. Jangan habiskan dengan menonton tv, bermain computer-game, khusyuk dengan talifon-bimbit dan asyik dengan facebook, twitter dan sebagai-nya.
Jangan malas untuk membaca buku. Membaca itu adalah senaman otak dan minda kita.
Click Here!